
Kesan waris bayi ditinggalkan dalam bakul
AYER KEROH 16 Februari – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sedang mengesan waris kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang sebelum ini ditemui ditinggalkan dalam bakul pakaian di Taman Mutiara, Batu Berendam ketika masih bayi.
Pelindung Melaka Tengah, Hannah Litin berkata kanak-kanak diberi nama Maryam Alissa Abdullah, diselamatkan mengikut peruntukan Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-kanak 2001 kini dijaga oleh pasangan suami isteri berusia 35 tahun dari Paya Rumput.
Hannah berkata, hebahan untuk mengesan ibu bapa kandung kanak-kanak itu menerusi bantuan pihak media sudah dilaksanakan pada 2022, namun usaha sama diteruskan buat kali kedua oleh JKM berikutan tempoh perintah penjagaan mengikut Sub Seksyen 15(3) Akta Kanak-kanak 2001 akan tamat.
“Kanak-kanak ini yang ketika itu masih bayi ditemui oleh orang awam, badannya dibalut menggunakan kain batik dan ditinggalkan dalam bakul pakaian.
“Diharapkan pihak yang mempunyai maklumat mengenai ibu atau waris kanak-kanak ini menghubungi kami dengan kadar segera,” katanya menerusi satu kenyataan.
Waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak Daerah Melaka Tengah di talian 06-3333333
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...