
Bomba Melaka siap siaga hadapi El Nino
BUKIT KATIL 16 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memberikan tumpuan terhadap 30 titik panas atau ‘hotspot’ sekitar negeri ini susulan cuaca panas akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
Timbalan Pengarah JBPM Melaka, R. Iswandy R. Hassan berkata, Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut (MTL Red Team) turut ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.
“MTL Red Team bersedia 24 jam, selain itu pegawai dan anggota di semua 11 balai bomba dan penyelamat (BBP) seluruh Melaka juga sudah bersedia menghadapi fenomena El Nino.
“BBP Ayer Keroh kini berada dalam mode ‘stand by’ bagi menyediakan keperluan aset, logistik dan sumber tenaga manusia,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tahunan JBPM Melaka 2024 diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
