Teroka 21 muzium secara percuma 20 Februari ini
AYER KEROH 16 Februari – Orang ramai khusus peminat sejarah berpeluang untuk meneroka 21 muzium kendalian Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) secara percuma pada 20 Februari ini.
Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah, mempelawa orang ramai untuk memanfaatkan peluang itu yang ditawarkan bersempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Negeri Melaka.
“Semua muzium termasuk lima galeri dan balai seni kendalian PERZIM boleh masuk secara percuma dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelawat tempatan boleh masuk percuma, tetapi pengunjung asing masih dikenakan caj masuk seperti biasa.
“Sempena hari bersejarah itu juga kami turut mengadakan Pameran Citra Nusa @ Melaka bermula 17 hingga 21 Februari 2024 di Bastion House, Jalan Kota,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya lagi, sebagai negeri yang kaya dengan sejarah, pihaknya sentiasa melakukan penambahbaikan ruang-ruang pameran di muzium dan galeri.
“Inisiatif ini dapat menarik ramai pengunjung singgah ke muzium terutama pada musim cuti sekolah ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERUBAHAN PORTFOLIO, BUKAN ROMBAK EXCO – KM
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, akan melakukan perubahan portfolio dalam kalangan Exco...
MENDIGITALKAN BECA MELAKA
SERI NEGERI 27 Disember - Pengurusan beca Melaka akan menjalani transformasi digital bertujuan menambah baik perkhidmatan berkenaan yang merupakan antara...
BAJET MELAKA 2025: DISKAUN 10 PERATUS CUKAI TANAH
SERI NEGERI 27 Disember - Sebagai galakan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kutipan hasil tanah, Kerajaan Negeri mengumumkan diskaun kepada...
PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025
SERI NEGERI 27 Disember - Lebih banyak program pelancongan berskala besar akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan, sekali gus memeriahkan lagi...
MELAKA FOKUS LIMA INISIATIF PERKASA GOLONGAN PENIAGA
SERI NEGERI 27 Disember - Peniaga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada pembentangan Bajet Melaka 2025 apabila Kerajaan Negeri memfokuskan...
MELAKA SEDIA TABUNG BANTUAN DIALISIS
SERI NEGERI 27 Disember - Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka akan disediakan bermula tahun depan dengan peruntukan berjumlah RM100,000. Ketua...