Sorting by

×

Buruh direman tujuh hari rogol anak perempuan

Masa Membaca:52 Saat

ALOR GAJAH 7 Februari – Seorang buruh ditahan semalam selepas dipercayai merogol anak perempuannya berusia 16 tahun sehingga melahirkan bayi perempuan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Melaka memaklumkan remaja berkenaan dirogol dan mengandung 19 minggu pada 11 Oktober tahun lalu.

Katanya, terdahulu mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik memaklumkan perutnya sakit kepada ibunya kira-kira jam 1.13 petang sebelum ibunya membawa klinik dan dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan.

“Susulan daripada kes terbabit, suspek yang berusia 38 tahun melarikan diri sehingga berjaya ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di tepi jalan Kampung Kelemak Dalam, semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai telah dirogol sejak setahun lalu.

“Remaja perempuan terbabit menjadi mangsa suspek sejak berusia 14 tahun dan telah melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 1 tengah hari di hospital sama.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini.” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam
Next post UTeM kembangkan sayap ke Sri Lanka
Ubah saiz-+=