Boss Mario selamat, sedang dapatkan rawatan di hospital swasta
MELAKA, 4 Feb – Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Boss Mario ditemukan selamat dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Syed Abdul Aziz di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Boss Mario, atau nama sebenarnya Yew Boon Xiang, 30, sebenarnya tidak hilang namun berada di dalam keadaan tertekan, kerana tidak dapat menguruskan dua kedai telefon bimbitnya.
“Keberadaan Boss Mario di hospital berkenaan dimaklumkan oleh polis menerusi abangnya yang mengesan penggunaan perkhidmatan e-panggilan oleh pempengaruh itu untuk ke hospital terbabit sebelum menghubungi pusat rawatan itu untuk pengesahan kira-kira 2.15 petang tadi.
“Boss Mario dikatakan tertekan untuk menguruskan dua kedai telefon bimbitnya serta memberi bonus kepada 22 orang pekerjanya dan bertindak duduk di sebuah rumah kosong sekitar Klebang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan pempengaruh itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu tanpa dapat dikesan oleh ahli keluarganya.
Dia dikatakan keluar memandu seorang diri ke Pantai Klebang kira-kira 3 pagi dan keretanya ditemukan ditinggalkan di kawasan itu dalam keadaan berkunci. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL MODUL TERAPI MEMANCING ‘FISH ON’
MERLIMAU 27 November - Pusat Kokurikulum Melaka mencipta sejarah apabila menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan Modul Terapi Memancing 'Fish...
JKR MELAKA KENAL PASTI 4 JALAN ‘HOTSPOT’ BANJIR KILAT
AYER KEROH 27 November - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah mengenal pasti empat jalan 'hotspot' banjir kilat di negeri...
PSSGM ANGKAT MARTABAT SENI, SUKAN SILAT DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 27 November - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran...
‘LEBIH YAKIN UNTUK AMBIL GAMBAR, VIDEO SENDIRI’
ASAHAN 27 November - Selain tampil lebih yakin untuk beraksi di hadapan kamera, program Digital Creator Masterclass (Edisi Jelajah Melaka)...
BAZAR AIDILFITRI JALAN HANG TUAH ‘PINDAH’ KE BAZAR IKONIK BANDA HILIR
AYER KEROH 27 November - Bazar Ramadan ikonik di Banda Hilir yang bakal menjadi satu lagi produk pelancongan baharu Melaka...
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...