APM Melaka siap siaga hadapi air pasang besar hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MELAKA 15 Nov. – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka bersiap-sedia menghadapi fenomena air pasang besar di negeri ini yang dijangka bermula pada 15 hingga 18 November ini dengan paras air mencecah 2.8 meter pada waktu pagi.

Menurut Pengarah APM Negeri Melaka Lt. Kol. (PA) Effendy Ali, kesiap-siagaan itu dibuat berdasarkan ramalan oleh agensi-agensi bertanggungjawab dan kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka berkaitan fenomena itu.

“Merujuk kepada ramalan oleh agensi-agensi bertanggungjawab dan kenyataan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka, fenomena Air Pasang Besar dijangka berlaku di Negeri Melaka mulai 15 hingga 18 November 2020 dengan paras air tertinggi antara 2.6 meter hingga 2.8 meter pada waktu pagi.

“Mulai 15 hingga 18 November 2020, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi, ribut petir di beberapa tempat di sebelah petang dan hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman di sebelah malam Negeri Melaka.

“Bagi persediaan menghadapi fenomena air pasang besar, APM Negeri Melaka telah meletakkan 20 pegawai dan hampir 300 anggota dalam keadaan sentiasa bersiap siaga. Sebanyak 18 buah bot pelbagai jenis juga bersedia untuk digunakan bagi tujuan kesiapsiagaan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, selain itu juga, lima buah lori dan enam buah pacuan empat roda bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

“Persediaan ini juga adalah selaras dengan persiapan APM Negeri Melaka dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula pada 11 November 2020 sehingga bulan Mac 2021,” katanya.

Views:

844
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak dua tahun positif COVID-19
Next post Tukar kerjaya untuk hidup
Ubah saiz-+=