
Kanak-kanak dua tahun positif COVID-19
AYER KEROH 15 Nov. – Kanak-kanak dua tahun antara enam individu yang disahkan positif COVID-19, di Melaka, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada enam kes dilaporkan hari ini, terdapat dua kanak- kanak iaitu berusia dua dan 11 tahun hasil saringan kontak rapat.
“Dua kes ini adalah jangkitan tempatan dan direkodkan dari Mukim Bukit Katil serta dikategorikan dibawah Kluster Berendam,” katanya.
Menurut beliau, empat lagi kes positif direkodkan dari Mukim Batu Berendam.
“Empat individu ini berusia 23, 32, 42 dan 53 tahun, mereka adalah kes jangkitan tempatan yang juga dari Kluster Berendam.
“Sehingga kini 53 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka termasuk tiga sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.
Beliau berkata, kesemua Kluster Berendam yang dilaporkan positif semalam membabitkan pekerja industri dan keluarganya.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...