Suntikan semangat untuk warga kerja MHI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 25 Januari – Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan bersama Timbalannya, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, hari ini, meluangkan masa beramah mesra dengan warga kerja Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd.

Ketibaan mereka disambut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MHI Sdn Bhd Nasharuddin Muhammad dan Ketua Pengarang Mohd Salman Hamat.

Pada kunjungan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu, Fairul Nizam dan Mohd Noor Helmy telah diberi penerangan mengenai operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan Melaka Hari Ini sebagai media rasmi Kerajaan Negeri.

Fairul Nizam yang juga Ahli Lembaga Pengarah MHI turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada seluruh warga kerja yang hadir.

Beliau berkata antara aspek yang perlu diberi tumpuan ialah berkaitan transformasi kandungan dan pemberitaan yang lebih memberi impak kepada rakyat dan Negeri Melaka.

“Selain itu, Melaka Hari Ini juga perlu memperkuatkan kandungan digital dan media sosial di Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain, termasuklah kandungan ‘podcast’ yang menjadi trend pada masa kini.

“Pada masa sama, saya juga berharap agensi dan jabatan kerajaan dapat membantu serta turut sama menyumbang kepada MHI yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bukan sahaja berkaitan media, bahkan merangkumi penerbitan, pengiklanan dan lain-lain lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

577
Kongsi :
Previous post Cabutan bertuah TMM2024 tawar hadiah ‘wow’
Next post Rebut peluang tiket masuk percuma 20 Februari ini
Ubah saiz-+=