Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dalam parit
JOHOR BAHRU, 25 Jan — Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus di Lorong Cempaka Batu 18 ½ Kampung Sungai Tiram di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata mangsa berusia lima tahun itu dijumpai tersangkut di pangkal pokok sawit di sungai berhampiran pada 10.30 malam oleh unit Pasukan Penyelamat di Air, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
“Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di atas jalan berhampiran tepi parit yang terletak di kawasan rumah sebelum terjatuh ke dalam parit itu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dijumpai di pokok sawit tersebut dan mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.07 malam sebelum 14 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi ditamatkan pada 12.16 tengah malam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...