
Lelaki hilang di Empangan Chenderoh ditemukan lemas
KUALA KANGSAR, 21 Jan — Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas apabila bot dinaikinya karam di Empangan Chenderoh, di Kampung Chenderoh, di sini ditemukan lemas hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM pada 8.37 pagi tadi.
“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba yang didirikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhammad Khairul sebelum ini dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama seorang rakannya karam akibat dibadai ribut kira-kira 5.30 petang, Jumaat.
Rakannya, bagaimanapun sempat diselamatkan pemancing yang berada di lokasi berhampiran kejadian.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...