MPHTJ sasar tanam 1,500 pokok setahun 

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 19 Januari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sudah menanam sebanyak 1,000 pokok ‘Hopea Odorata’ atau Merawan Siput Jantan dalam kawasan pentadbirannya setakat ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, jumlah itu sekali gus memberi galakkan kepada MPHTJ mencapai sasaran menanam sebanyak 1,500 pokok setahun.

“Sebelum ini kita tanam sekitar Lebuh Ayer Keroh, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput (SPA), lereng bukit kawasan perindustrian Ayer Keroh dan Jalan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

“Penanaman pokok ini selain sebagai teduhan ia membantu mengurangkan kadar pelepasan dan menyerap lebih banyak karbon, sekali gus menggalakkan pengeluaran oksigen yang lebih tinggi.

“Justeru itu, hari ini kita menanam 100 lagi pokok ‘hopea’ disumbangkan Veritas Landskap Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembudayaan Landskap Veritas 100 pokok di Reforestation & Riparian (RR) Sungai Putat, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Veritas Landskap, Khalifah Jamaluddin; Pengarah Veritas Arkitek, Syah Kamarudin dan Pengarah Landskap dan Kesihatan Persekitaran MPHTJ, LAr. Mohammad Norfadzly Mohammad.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata setakat ini MPHTJ telah menjalankan inventori sebanyak 12,956 pokok sejak tahun 2017 hingga 2023.

“Angka itu bersamaan 25 peratus daripada keseluruhan 54,878 pokok di Negeri Melaka yang selesai menjalani proses inventori,” katanya.

ANTARA pokok yang ditanam di Reforestation & Riparian Sungai Putat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1065
Kongsi :
Previous post Jual bayi: Bekas pembantu tadbir dihukum penjara lima tahun, denda RM90,000
Next post Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dapat perhatian
Ubah saiz-+=