
Bas ekspres terbakar, 17 penumpang dan dua pemandu terselamat
IPOH, 19 Januari – Sebanyak 17 penumpang dan dua pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar di KM 375.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tanjung Malim awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River menerima panggilan pada 5.19 pagi dan sampai di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan BBP Tanjung Malim.
Beliau berkata setibanya pihak bomba di lokasi kejadian, bas ekspres yang membawa 17 penumpang iaitu 14 lelaki dan tiga wanita itu musnah terbakar kira-kira 80 peratus.
“Kesemua penumpang telah berjaya keluar dari bas terbabit sebelum kebakaran merebak. Kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sayani berkata operasi tamat sepenuhnya pada 7.23 pagi tadi.
Beliau difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan membawa penumpang dari Mersing, Johor ke Kangar, Perlis.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...