22 kawasan alami gangguan air
AYER KEROH 13 Nov. – Sebanyak 22 kawasan mengalami gangguan bekalan tidak berjadual susulan berlakunya paip pecah di Rumah Pam Lesong Batu, Bukit Beruang, di sini, hari ini.
Melalui kenyataan dikeluarkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pengepaman air bersih terpaksa dihentikan tugas bermula jam 10 pagi tadi sehingga 6.30 petang bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan.
Sehubungan itu, pihak SAMB akan mengambil segala usaha bagi mempercepatkan proses pembaikan dan pemulihan paip pecah terbabit.
Kawasan yang terjejas akibat insiden itu membabitkan Taman Bunga Raya, Taman Dahlia, Taman Seri Jati, Taman Jati, Kampung Sungai Putat, Taman Ehsan, Taman Batu Berendam Putera, Taman Merdeka Permai, Taman Sutera Belia dan Taman Cergas serta Taman Ara Permai.
Turut sama terjejas adalah di Taman Sutera, Taman Seri Selendang, Taman Mas Merah, Taman Seri Songket, Kampung Pulau Samak, Rumah Awam Sri Budi, Taman Melaka Baru, Taman Padang Balang, Taman Seri Daya serta Taman Ria dan juga Taman Ayer Keroh Height.
Views:
Related
Berita Lain
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...