Sorting by

×

UPKK kertas sirah ditangguh ke 23 Jan

Masa Membaca:44 Saat

PUTRAJAYA, 17 Jan – Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Jan (Selasa depan), kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata penangguhan kertas Sirah UPKK03/01 itu dibuat atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Jakim memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung.

“Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang,” kata Hakimah.

UPKK, yang diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran dijadualkan berlangsung dari 16 Jan hingga 23 Jan ini.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1047
Kongsi :
Previous post Kumpool Kasturi dapat sambutan
Next post Galak lebih ramai usahakan kolam ternakan
Ubah saiz-+=