MBMB pantau kebersihan tandas awam milik swasta
AYER KEROH 14 Januari – Penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap tandas awam di bawah kendalian pihak swasta bagi memastikan kebersihan kemudahan awam itu diutamakan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata pemantauan secara berkala dilakukan terhadap tandas awam dikendalikan syarikat swasta di kawasan tumpuan pengunjung.
Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya pihaknya mendapati kemudahan awam itu tidak dijaga dengan baik demi keselesaan pengunjung yang datang ke Melaka.
“Banyak tandas awam di bawah kendalian MBMB sedang dibaiki dan dinaik taraf seperti di Jalan Merdeka, Taman Bunga Merdeka dan Pantai Kundor.
“Itu memang menjadi sasaran (menaik taraf tandas awam) kita. Bukan itu sahaja malah kita turut menjalankan penguatkuasaan terutama di pusat membeli-belah dan stesen minyak.
“Kita akan buat penguatkuasaan bagi melihat tahap kebersihan tandas dan sekiranya tidak memuaskan hati, kita boleh mengenakan kompaun terhadap syarikat pengendali terbabit,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
OUM TERAJU BIDANG PENDIDIKAN DALAM TALIAN
BANDARAYA MELAKA 22 Disember - Open University Malaysia (OUM) terus menjadi peneraju bidang pendidikan secara dalam talian dengan menyediakan pembelajaran...
WTD 2025: PERZIM RANCANG PROGRAM BERTARAF ANTARABANGSA
BANDA HILIR 22 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan program bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember - Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong...
MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL
AYER KEROH 22 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan...
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...