Sorting by

×

Melaka tambah kuota bina menara telekomunikasi

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ASAHAN 13 Januari – Kerajaan Negeri sedang menunggu pertambahan kuota bagi pembinaan menara telekomunikasi sekali gus mempertingkat jaringan liputan jalur lebar di negeri ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, keputusan itu bagaimanapun perlu menunggu kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Ini adalah tahun pelaksanaan yang mana ia terangkum di dalam Bajet 2024 Negeri Melaka yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hujung tahun lalu.

“Justeru, saya bersama Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) akan memantau sejauh mana pembinaan menara telekomunikasi ini memberi impak kepada penduduk.

“Ini termasuklah memastikan juga inisiatif pelaksanaan Kampung Digital dapat berjalan lancar pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Jalinan Mahabbah dan Taklimat Peranan serta Tugas-Tugas Pengerusi Masjid dan Jawatankuasa Masjid/Surau di Masjid Nurul Huda Kampung Masjid Baru Asahan, semalam.

Dalam pada itu, Fairul Nizam meminta agar semua kepimpinan Kerajaan Negeri terus bekerjasama menyantuni pelancong yang datang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Sudah semestinya semua penjawat awam, ketua agensi, pegawai-pegawai teknikal faham fokus utama TMM2024, kurangkan birokrasi dan teruskan usaha menarik kehadiran pelancong ke negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

982
Kongsi :
Previous post 5,000 bakal naik Melaka River Cruise percuma
Next post Melaka tawar pelbagai insentif buat lepasan SPM lanjut pengajian
Ubah saiz-+=