
UTeM terima RM250,000 wang zakat
DURIAN TUNGGAL 12 Nov. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima sumbangan wang zakat sebanyak RM250,000 dari Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad, baru-baru ini.
Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, wang zakat itu akan disalurkan kepada pelajar memerlukan bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka.
“Bagi melancarkan pengagihan sumbangan ini, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak.
“Transaksi pemindahan wang zakat kepada pihak UTeM disempurnakan baru-baru ini selepas pihak universiti menerima surat rasmi pada 2 November lalu,” kataya.
Raha berkata, kerjasama itu sebagai keprihatinan Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad dalam aspek bantuan dan kebajikan khusus buat golongan pelajar UTeM.
“Semoga kerjasama erat antara UTeM dan pihak Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad ini dapat dimanfaatkan bersama,” katanya.
Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad terdiri dari Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Pembangunan Leasing Corporation, PLC Credit & Factoring Sdn. Bhd., BI Credit & Leasing Berhad dan Global Maritime Ventures Berhad.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...