Berpesta ikan dalam ribut di Tambak Klebang

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KLEBANG 9 Januari – Dibadai ribut sama sekali tidak melemahkan semangat hampir 1,000 kaki pancing berentap pada pertandingan memancing di Tambak Klebang, di sini, pada Ahad.

Pertandingan yang disertai pemancing dari seluruh negara itu merupakan antara sebahagian pengisian dalam memperkasa pelancongan memancing (angling tourism) dan menarik kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Meskipun pertandingan berlangsung dalam hujan yang berlarutan hampir tiga jam, peserta dilihat berpesta apabila pelbagai jenis ikan berjaya dipancing sepanjang empat jam masa pertandingan.

Antara tangkapan yang didaratkan ialah ikan pari, sembilang, senangin, kurau, jenahak, gerut, tebal pipi, kerapu, parang dan pelbagai lagi.

Malah saiz ikan yang didaratkan juga melangkaui jangkaan ramai apabila dua ekor pari dengan berat belasan kilogram (kg) berjaya dinaikkan.

Whatsapp Image 2024 01 09 At 15.56.45
IKAN pari 15kg yang dinobat johan.

Di akhir pertandingan, gelaran juara menjadi milik Abd Aziz yang berasal dari Kajang, Selangor yang berjaya mendaratkan ikan pari seberat 15kg, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Tempat kedua dan ketiga menjadi milik Harun Ahmad dari Kuantan, Pahang dan Rosman dari Batu Pahat, Johor yang masing-masing ikan pari seberat 12.45kg dan 3.92kg.

Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM3,000.

Whatsapp Image 2024 01 09 At 15.56.16
IKAN parang seberat hampir 3kg menduduki tempat keempat pertandingan itu.

Hadiah kepada pemenang utama telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Salman Salim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6919
Kongsi :
Previous post Fasiliti Taman Laut Melaka ditambah baik
Next post Lebih 3,000 sertai Perarakan Wangkang, Jumaat ini
Ubah saiz-+=