
Penolong pengurus direman empat hari terima suapan RM18,000
MELAKA, 9 Jan – Seorang penolong pengurus sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (kini Kementerian Komunikasi) direman kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM18,000 daripada seorang pengarah syarikat tahun lepas.
Perintah reman hingga 12 Jan depan terhadap wanita berusia 37 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini.
Terdahulu suspek yang sedang hamil dua bulan itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Menurut sumber suspek dipercayai membantu seorang pengarah syarikat mendapatkan kelulusan bagi mendapatkan geran di bawah agensi dari Kementerian Komunikasi Dan Digital berjumlah RM300,000.
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...