Sorting by

×

Program ‘outreach’ ajak rakyat daftar PADU

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MACHAP 7 Januari – Program ‘outreach’ amat penting dalam memastikan penduduk khususnya mereka yang tinggal di luar bandar tampil untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat terkini di Pengkalan Data Utama (PADU).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, selain bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri, Kerajaan Negeri juga akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perangkaan.

Jelasnya, sebaik dilancar, Kerajaan Negeri sudah menggerakkan kesemua 30 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini untuk menguar-uarkan mengenai kewujudan PADU.

“Untuk memperkasakan lagi hebahan maklumat ini kita akan berbincang dengan SKMM dan Jabatan Perangkaan untuk adakan ‘outreach’ ke kampung dan kawasan kediaman lain kerana tidak mahu penduduk misalnya warga emas ketinggalan.

“Malah kita juga akan meminta semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini untuk turut mainkan peranan supaya mengelak berlakunya keciciran rakyat yang sepatutnya layak menerima bantuan mahupun subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Pertandingan Nasyid Wanita UMNO Parlimen Alor Gajah 2024, di Hutan Percha, hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem serta Adun Durian Tunggal Zahari Abd Khalil.

Menurut Fairul, kemaskini daripada Jabatan Perangkaan juga akan dibuat bagi mendapatkan jumlah semasa pendaftaran yang dibuat.

“Ini kerana pangkalan data tersebut amat penting untuk kerajaan mendapatkan maklumat yang benar daripada rakyat dan seterusnya dapat menyalurkan bantuan serta subsidi secara bersasar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4515
Kongsi :
Previous post Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri
Next post Banteras denggi dalam komuniti
Ubah saiz-+=