Sorting by

×

TMM2024: 560 pelancong luar negara tiba di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KOTA LAKSAMANA 5 Januari – Seramai 560 pelancong luar negara yang menaiki Kapal Persiaran Seabourn Encore tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, hari ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kesemua pelancong tersebut merupakan kumpulan pertama yang tiba melalui jalan laut sejak Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dilancarkan pada 31 Disember 2023.

Katanya, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dan beberapa agensi pelancongan negeri lain telah terlibat pada majlis menyambut dan meraikan pelancong yang tiba itu.

“Kita jangkakan akan ada beberapa kumpulan pelancong lain yang akan tiba menerusi pintu masuk jalan laut ini.

“Tetamu atau pelancong yang tiba pada kumpulan pertama ini kebanyakannya adalah pelancong dari Jerman, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Singapura dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan pelancong luar negara yang menaiki Kapal Persiaran Seabourn Encore tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, setakat ini terdapat tiga syarikat kapal persiaran yang telah menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri.

“Kita sedang mempergiatkan lagi promosi TMM2024, dan kita jangkakan akan bekerjasama dengan lebih banyak lagi syarikat kapal persiaran dalam masa terdekat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1562
Kongsi :
Previous post Pelantar Stadthuys ‘port’ baharu OOTD
Next post TMM2024: Melaka sasar 50,000 pelancong dari jalan laut
Ubah saiz-+=