‘Oyen’ jatuh perigi diselamatkan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GADEK 29 Disember – Seekor kucing betina yang terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira 10 meter di Kampung Gadek Dalam, di sini, diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah.

Kejadian malang itu hanya disedari pemilik kucing berkenaan kira-kira jam 3.15 petang selepas terdengar bunyi mengiau dari dalam perigi.

Pemilik kemudiannya bertindak menghubungi Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.27 petang sebelum menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba didapati seekor kucing berwarna jingga dan putih itu terperangkap di dalam lubang pada gelung simen perigi sedalam hampir 10 meter.

“Anggota APM Alor Gajah menggunakan peralatan Safety Harness (abah-abah) untuk turun ke dalam perigi bagi menyelamatkan kucing terbabit dan operasi tamat dalam masa kira-kira 30 minit,” katanya.

Img 20231229 Wa0021
ANGGOTA APM bersama kucing betina yang diselamatkan selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira 10 meter. Foto: Ihsan APM Alor Gajah

Menurut beliau, kucing berkenaan tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pemilik.

Beliau memaklumkan, bidang tugas APM cukup luas yang mana ia turut merangkumi operasi menyelamatkan haiwan sekali gus menuntut anggotanya sentiasa bersiap siaga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4970
Kongsi :
Previous post Akademi Tahsin, persiapkan peserta akhir hafazan
Next post Pakej 24 gamit pelancong pada TMM2024
Ubah saiz-+=