UiTM Bandaraya Melaka tawar MBA secara modular

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

BANDARAYA MELAKA 29 Disember – Lokasinya di tengah bandar dan dikelilingi suasana pembelajaran kondusif menjadikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka, sebagai pilihan tepat bagi mereka sedang berkira-kira melanjutkan pengajian terutamanya peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Diuruskan Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), program mula diperkenalkan pada 2008 di UiTM Kampus Bandaraya Melaka sudah berjaya melahirkan ramai graduan berkualiti sehingga ke hari ini.

Koordinator Pasca Siswazah MBA UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Dr. Mohd Hafiz Bakar berkata, institusi itu dianggap sebagai paling ideal dan tepat khususnya buat mereka yang ingin meningkatkan pembangunan kerjaya.

Katanya, seperti peringkat pengajian lain yang ditawarkan oleh UiTM, program MBA juga mempunyai dua sesi pengambilan iaitu pada Mac dan Oktober setiap tahun.

“Bagi program MBA ini sesi kuliah kita tawarkan adalah pada hujung minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad dengan dua format fizikal atau secara dalam talian. Selain itu program ditawarkan juga secara modular iaitu pelajar hanya perlu mengambil satu subjek sahaja setiap bulan.

“Namun bermula Mac 2024 sesi pembelajaran kita hanya akan diadakan pada setiap Sabtu sahaja yang mana pelajar akan mengikuti dua minggu kelas fizikal dan dua minggu lagi secara dalam talian bermula jam 9 pagi hingga 5 petang . Ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar membahagikan masa antara kerjaya, pelajaran dan keluarga.

“Malah untuk meringan dan mengurangkan tekanan pelajar, tugasan seperti tesis, tugasan akhir tahun diberikan secara berkumpulan, selain ‘case study’ pula membabitkan hal berkaitan ditempat kerja. Ini menyenangkan lagi mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan,” katanya.

Uitm Client 2
LOKASI pembelajaran yang kondusif.

Dr. Mohd Hafiz berkata, bukan sahaja menambah baik program MBA dari semasa ke semasa, malah pensyarah juga dipilih oleh AAGBS dan perlu melalui proses pemilihan bagi memastikan pelajar yang dilahirkan adalah berdaya saing dalam ekonomi global.

“Sasaran kita adalah pelajar eksekutif yang bekerja dan ada pengalaman untuk menyertai program ini. Justeru setiap pensyarah MBA adalah mereka yang berkelayakan, ini kerana tenaga pengajar terlebih dahulu melalui proses pemilihan dijalankan AAGBS.

“Progam ditawarkan ini memperoleh pengiktirafan kebangsaan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain turut diiktiraf antarabangsa apabila ramai dalam kalangan alumni menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya di institusi di luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2097
Kongsi :
Previous post 50 peserta Ijtimak Murabbi terima sijil tauliah
Next post KIAM’23: Ceramah Ustaz Sabun meriah
Ubah saiz-+=