Lelaki maut disengat tebuan tanah
SEGAMAT, 25 Disember – Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis, dekat Segamat, petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, PBK II Hairisyah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang semalam dan seramai tujuh anggota berserta sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS telah digerakkan ke lokasi.
Beliau berkata setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Halmi Tahrin, 42, telah disengat tebuan tanah.
“Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dari Klinik Kesihatan Labis.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...