
Lelaki warga asing maut selepas terlibat dalam pergaduhan di Penampang
PENAMPANG, 24 Disember – Polis sedang menyiasat kematian seorang lelaki warga asing berumur 29 tahun yang disyaki dibunuh dalam satu pergaduhan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata polis menerima aduan awam pada pagi ini mengenai satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki menggunakan parang di Jalan Penampang-Kota Kinabalu.
Beliau berkata siasatan polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki warga asing terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada tubuh badan mangsa.
Sammy berkata mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth.
“Kes masih dalam siasatan pihak polis dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Polis menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar di tempat kejadian dan memuat naik atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...