Sorting by

×

Lebih 2,000 peminat motosikal berkampung di Gadek

Masa Membaca:40 Saat

GADEK 24 Disember – Lebih 2,000 peminat motosikal moden dan klasik termasuk dari luar negara berhimpun pada penganjuran Program D’Gadek Bike Week V4.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, program diadakan di Padang Awam Gadek bermula jam 9 pagi menghimpunkan peserta tempatan dan asing dari Singapura, Brunei dan Thailand.

Katanya program yang dianjurkan mampu mengeratkan hubungan antara peminat motosikal moden dan klasik.

“Tahniah Kelab Pemotoran Melaka, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Gadek serta semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran yang sangat baik ini.

“Pelbagai acara diadakan pada penganjuran yang cukup meriah kali ini, diharapkan mampu menarik lebih ramai pengunjung datang ke melaka

“Jangan Lupa Datang Beramai-ramai Ke Melaka Sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Mana Lagi?? Melaka Lerr..,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5084
Kongsi :
Previous post Lelaki warga asing maut selepas terlibat dalam pergaduhan di Penampang
Next post Pelanjutan masa Zon Bebas Kenderaan terima pelbagai reaksi
Ubah saiz-+=