Sorting by

×

TMM2024: Menara Taming Sari sasar 700,000 pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDA HILIR 24 Disember – Seramai 700,000 pengunjung disasar akan menaiki Menara Taming Sari sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Bhd Azlan Abidin berkata, sasaran itu meningkat berbanding 550,000 pengunjung pada 2023 memandangkan Melaka dijangka akan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Katanya, dalam menyambut kehadiran pelancong, pihaknya telah bersiap sedia dari pelbagai sudut antaranya keceriaan selain kelengkapan fasiliti di sekitar menara setinggi 100 meter dan berpusing 360 darjah itu.

“Dalam aspek fasiliti dan keceriaan, kita telah membuat penambahbaikan antaranya menyediakan ruang yang cukup kepada pengunjung, selain penambahan lampu-lampu yang menceriakan suasana.

“Selain itu, kita juga menyediakan tempat untuk pengunjung bersantai di sekitar menara untuk menjadi persekitaran kawasan ini lebih kondusif dan selesa untuk seisi keluarga.

“Dalam aspek penyelenggaraan pula, kita akan lakukan pada setiap hari, iaitu sebelum memulakan operasi kita akan pastikan mesin kita dalam keadaan baik untuk menjamin keselamatan pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Tower Hunt Menara Taming Sari 2023 di sebuah hotel, di sini, semalam.

Img 20231223 205558 773
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Bhd Azlan Abidin ketika ditemui sempena Program Tower Hunt Menara Taming Sari 2023 di Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Menurut Azlan, bersempena TMM2024 juga, pengunjung berpeluang mendapatkan tawaran harga istimewa iaitu kupon diskaun 10 peratus untuk menaiki Menara Taming Sari.

Selain itu, jelas beliau, orang ramai juga boleh membeli pakej khas iaitu ‘Kombo Family’ yang menawarkan pakej di empat destinasi iaitu Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Zoo Melaka dan Muzium Melaka.

“Pakej khas dengan harga cukup istimewa ini sah selama setahun dengan penjimatan sehingga RM8 bagi setiap pengunjung.

“Menara Taming Sari juga menyediakan ‘fast lane’ untuk pengunjung terus menaiki perkhidmatan ini tanpa perlu beratur, namun mereka perlu membayar tiket pada harga yang berbeza,” katanya.

Menurut beliau, Menara Taming Sari juga masih mengekalkan harga tiket sepanjang TMM2024 iaitu RM17 bagi dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak untuk menikmati pemandangan sekitar Bandar Melaka selama tujuh minit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1221
Kongsi :
Previous post 70 anak muda bakal jadi ‘jutawan baharu’ bersama Fazil Group
Next post APM Hulu Terengganu tangkap ular sawa 5.4 meter
Ubah saiz-+=