
Dua penunggang motosikal maut diseret lori
JOHOR BAHRU, 22 Disember – Dua penunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Plaza Tol Tanjung Kupang arah Selatan, Iskandar Puteri awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah treler, sebuah bas dan dua motosikal yang berada di lorong kiri plaza tol itu.
“Akibat kemalangan itu, dua penunggang motosikal berusia 49 dan 54 tahun maut di tempat kejadian disebabkan oleh kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan akibat diseret lori terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu treler dan pemandu bas serta kesemua 29 penumpang tidak cedera, manakala pemandu lori itu mengalami sakit dada dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Kesemua 29 penumpang di dalam bas terbabit telah dipindahkan ke sebuah bas ganti untuk ke Singapura,” katanya.
Rahmat berkata kedua-dua mayat penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

