Bunuh ibu saudara: Operator kilang didakwa di hospital
GEORGE TOWN, 22 Disember – Seorang operator kilang hari ini didakwa di katil Hospital Pulau Pinang (HPP) atas tuduhan membunuh seorang wanita pada Selasa lepas.
Ong Kok Bu, 29, dari Taman Seri Pinang, Butterworth mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majisret Siti Zulaika Nordin @ Ghandi dari Mahkamah Majistret Butterworth.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Ong yang ditempatkan di wad ortopedik HPP, telah dihantar ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang sejurus selepas dikatakan melakukan perbuatan itu pada Selasa lepas.
Ong didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42, di hadapan sebuah kedai di Jalan Taman Sin Tat, Butterworth kira-kira pukul 10.55 pagi pada 19 Dis lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Siti Zulaika menetapkan 25 Mac depan untuk sebutan semula kes.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TVET ‘KUNCI’ MASA DEPAN MELAKA
BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi tumpuan utama buat Kerajaan Melaka yang bertujuan mengubah landskap ekonomi...
AB RAUF DILANTIK IKON HASIL MELAKA
AYER KEROH 4 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ikon HASiL Negeri Melaka oleh...
MELAKA WAJIBKAN POTONGAN GAJI EXCO UNTUK CUKAI BERJADUAL
AYER KEROH 4 Disember - Semua Exco Kerajaan Negeri akan diwajibkan untuk melaksanakan pemotongan gaji bagi pembayaran cukai berjadual di...
MANEK SULAMKAN SI AYER MATA, ANGKAT SENI HALUS KASUT MANIK
AYER KEROH 4 Disember - Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat keunikan seni halus kasut manik yang...
TIGA INSTITUSI TVET TERJEJAS BANJIR SEGERA DIBAIKI – AHMAD ZAHID
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Tiga institusi pengajian yang menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terjejas banjir...
SASAR 3,000 SERTAI JELITA SETIAP TAHUN – TPM
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 peserta pada...