Sorting by

×

Lebih baik terima SOP COVID-19 terkini – Ab Rauf

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 11 Nov. – Penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang sepatutnya berlangsung pada 9 November lalu, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membuka peluang Melaka memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di negeri ini.

Lapor RTM, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dilaporkan berkata, ia juga bagi menghormati pelaksanaan PKPB yang bermula kelmarin.

“Saya melihat bagi memperhalusi dan mengambil langkah awal untuk kita teruskan sidang DUN, adalah lebih baik dapat kita perincikan kaedahnya.

“Kerana tarikh arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tarikh sidang DUN hanya berada dalam tempoh 24 jam, jadi lebih baik kita terima SOP COVID-19  terkini, seperti yang diminta MKN,” katanya.

Pembentangan Belanjawan Melaka 2021 yang sepatutnya berlangsung dalam Sidang DUN Melaka pada 9 November lalu ditangguhkan ke 9 Disember depan susulan pengumuman PKPB di seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Views:

202
Kongsi :
Previous post Pengusaha TASKA lega dibenar beroperasi
Next post Polis Melaka terima 4,073 permohonan rentas negeri
Ubah saiz-+=