MPJ naik taraf tujuh lokasi sempena TMM2024

Masa Membaca:56 Saat

JASIN 22 Disember – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mempergiatkan usaha menaik taraf tujuh lokasi pintu gerbang di bawah pentadbirannya sempena persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Yang Dipertuanya, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, setakat ini lokasi yang telah dan sedang dinaik taraf adalah pintu gerbang Chohong, papan tanda pintu masuk Sempang Bekoh, papan tanda pintu masuk Batang Melaka.

“Selain menaik taraf lampu di Laman Belia Sungai Rambai dan Dataran Sabit, menaik taraf papan tanda pintu masuk Asahan serta sistem pencahayaan di Dataran Asahan.

“MPJ turut melaksanakan kerja pengindahan di pintu masuk sempadan negeri iaitu di Sungai Rambai, Serkam dan Chohong dengan memasang ‘flou-tree’ dan menanam pokok bunga Alamanda,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Rosemanizam berkata pihaknya juga dalam usaha mempromosikan tempat menarik di daerah Jasin di paltform media sosial.

“Saya percaya Jasin juga mampu menjadi kawasan ekopelancongan yang akan dilawati pelancong kerana keindahan semula jadi yang ada selain kawasannya yang lebih tenang untuk seisi keluarga beridah.

“Orang ramai tidak perlu hanya tertumpu di kawasan bandaraya kerana di Jasin juga banyak destinasi menarik untuk dikunjungi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2443
Kongsi :
Previous post TMM2024 tahun kebangkitan industri perhotelan Melaka
Next post Indonesia berminat sertai TMM2024
Ubah saiz-+=