Bangunkan instrumen buat UNIMEL, Rusyda terima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan
AYER KEROH 21 Disember – Membangunkan beberapa instrumen bagi mengukur hasil pembelajaran yang dihasilkan sejak tahun 2019 menjadi faktor utama Rusyda Yahya,42 dinobat sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan.
Rusyda menerima anugerah tersebut pada Majlis Apresiasi Universiti Melaka (UNIMEL) 2023 yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Dia merupakan pensyarah dari Fakulti Peniagaan, Hospitaliti dan Teknologi Universiti Melaka (UNIMEL) berkata instrumen tersebut masih diguna pakai oleh pihak UNIMEL sehingga kini untuk dinilai sebagai tenaga pengajar.
“Saya adalah pensyarah dalamm bidang Matematik dan Statistik di UNIMEL. Faktor utama kejayaan ini saya kira apabila saya membngunkan beberapa instrumen yang digunakan pelajar dan tenaga pengajar di mana output atau hasil pembelajaran dapat dinilai selaras dgn apa yang diminta.
“Sejak tahun 2019 instrumen itu dibangunkan sehingga kini, ia masih diguna pakai di setiap kursus dan fakulti yang ditawarkan di UNIMEL, memudahkan urusan pensyarah untuk mengukur tahap pembelajaran,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Rusyda berkata kejayaan yang dikecapinya merupakan pengiktirafan kepada pendidik dan menyuntik semangat untuk terus mendidik anak bangsa di UNIMEL.
“Saya rasa bersyukur, ini pengiktirafan buat semua pensyarah dan ahli akademik khususnya, kerana dengan adanya anugerah seperti ini ia menyuntik semangat pendidik di UNIMEL.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada pihak pengurusan di UNIMEL dan pastinya pelanggan kami iaitu pelajar, tanpa mereka tidak bererti usaha kami sebagai pensyarah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.