Putra Resort Pulau Besar dibuka Januari depan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER MOLEK 20 Disember – Putra Resort, Pulau Besar di bawah kelolaan Perbadanan Melaka (MCorp) bakal beroperasi semula Januari tahun hadapan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata resort berkenaan bakal dibuka semula kepada pengunjung selepas dinaik taraf dan dibaik pulih.

Katanya, bermula Januari tahun hadapan, pengunjung sudah boleh mengikuti pelbagai aktiviti yang diatur, menikmati pemandangan indah dan bermalam di Pulau Besar.

“Buat pengunjung dalam kalangan pelajar sekolah, kita sediakan tapak perkhemahan yang luas dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang ada resort ini juga sesuai bagi penganjuran kursus atau program motivasi untuk kakitangan agensi kerajaan atau swasta.

“Bagi bakal pasangan raja sehari yang mahukan kelainan boleh anjurkan majlis persandingan di sini, kemudahan dewan yang ada boleh menampung sehingga 600 orang tetamu dalam satu masa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, mempelawa orang ramai untuk berkunjung ke Pulau Besar dan menikmati pelbagai pakej menarik yang disediakan seperti ‘island hoping’, kayak dan pelbagai lagi.

“Berpusat di Pulau Besar, pengunjung juga boleh melawat pulau-pulau lain di perairan Selat Melaak, seperti Pulau Undan, Pulau Nangka, Pulau Dodol, Pulau Hanyut, Pulau Lalang, Pulau Seriumbun, Pulau Burung dan Pulau Panjang.

“Kesemua pulau-pulau ini boleh dilawati jika dari Pulau Besar ia memakan masa bawah dari 30 minit masa perjalanan dengan menaiki bot,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8258
Kongsi :
Previous post Polis buka kertas siasatan kes pelajar sekolah didakwa dibuli
Next post Lelong lembu jika pemilik tak bayar kompaun – Exco
Ubah saiz-+=