26 pelajar asnaf terima bantuan zakat

Masa Membaca:57 Saat

PAYA RUMPUT 19 Disember – Seramai 26 murid dan pelajar terdiri daripada keluarga asnaf menerima sumbangan zakat daripada TM Melaka dan Japerun Paya Rumput.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata penerima sumbangan tidak terhad kepada murid sekolah rendah malah ada dalam kalangan mereka terdiri pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara.

Katanya, mereka ini daripada golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan bagi meneruskan pembelajaran masing-masing.

“Mereka ini dalam keadaan yang ingin menyambung pelajaran dan serba kekurangan, jadi dengan inisiatif dilaksanakan TM Melaka serta pihak Japerun, saya percaya sumbangan ini dapat membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat TM Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Paya Rumput di Kompleks Japerun Paya Rumput di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat untuk membantu golongan kurang berkemampuan itu sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

“Program seumpama ini membuka peluang kepada pelajar asnaf di luar sana yang memerlukan, seberapa jumlahnya yang penting sampai ke tangan pelajar berkenaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

700
Kongsi :
Previous post Bomba selamatkan lembu terperangkap dalam parit
Next post Masjid Tanah lokasi pertama perintis Kampung Digital
Ubah saiz-+=