Sorting by

×

Lebih 70 bangunan berwarna-warni hiasi Sungai Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

BANDA HILIR 17 Disember – Lebih 70 bangunan di sepanjang Sungai Melaka akan dicat berwarna-warni mengikut blok sebagai usaha menggamit lebih ramai pelancong ke Banda Hilir.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata kerja-kerja mengecat semula kesemua bangunan tersebut akan selesai dilakukan sebelum Januari 2024.

Bagaimanapun, katanya MBMB sedang berunding dengan beberapa pemilik bangunan yang enggan bekerjasama.

“Di sepanjang kiri dan kanan Sungai Melaka kita akan cat warna-warni mengikut blok bangunan, ada bangunan berwarna merah, hijau, kuning dan sebagainya, ia adalah daya tarikan tambahan kepada pengunjung menyusuri sungai terbabit.

“Langkah ini merupakan hasil dan idea daripada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sendiri ketika hasil lawatan beliau  menyusuri Sungai Melaka baru-baru ini.

“Setakat ini tiga blok bangunan sudah dicat sebagai perintis, dan kita akan laksanakan secepat yang boleh sebelum Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mural Evolusi Polis Diraja Malaysia dan Lawatan Tapak Santai @ Bandar Hilir sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang dirasmikan Ketua Menteri di Tembok Balai Polis Melaka Tengah, Jalan Mahkamah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit.

Img 4149
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Mural Evolusi Polis Diraja Malaysia dan Lawatan Tapak Santai @ Bandar Hilir sempena Tahun Melawat Melaka 2024 di Tembok Balai Polis Melaka Tengah, Jalan Mahkamah, Bandar Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Shadan berkata pihaknya juga akan menghiasi tembok dan bangunan usang sekitar Banda Hilir dengan pelbagai lukisan mural berkonsepkan budaya dan kaum yang terdapat di Melaka.

Jelasnya, langkah itu bagi menyahut saranan Ketua Menteri untuk mengindahkan kawasan pelancongan terbabit.

“Kebanyakan bangunan dan tembok usang ini adalah bangunan-bangunan terbiar yang menjadi laluan pejalan kaki bagi pelancong.

“Usaha ini juga kita akan laksanakan sebelum TMM2024 dengan kerjasama daripada pengeluar cat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1145
Kongsi :
Previous post Paramedik Komuniti lahirkan ‘hero’ rakyat Melaka
Next post Bangun awal pagi, teruja berkhatan beramai-ramai
Ubah saiz-+=