‘Sunat laser’ percuma Duyong meriah, tonjol semangat muhibah

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

DUYONG 16 Disember – Bermacam ragam dan gelagat dapat dilihat dalam kalangan  162 kanak-kanak yang terpilih menyertai Program Sunat Laser Percuma Duyong yang berlangsung hari ini.

Program yang dianjurkan Japerun Duyong bersama beberapa pihak lain termasuk Pejabat Parlimen Kota Melaka itu adalah bersempena sesi cuti persekolahan selama dua minggu.

Sepanjang program berlangsung dan sebelum memasuki ‘alam dewasa’ ada di antara peserta yang bukan sahaja gementar malah menangis ketakutan dan terpaksa ditenangkan oleh ibu bapa mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, program khatan menggunakan ‘laser’ itu adalah julung kali diadakan berbanding sebelum ini yang menggunakan cara tradisional.

Katanya, pihaknya tidak menyangka akan program itu akan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penduduk.

“Acara ini sebenarnya perlu kita ambil contoh dan diteruskan lagi apabila tiba cuti sesi persekolahan yang panjang selain akan menjadi acara tahunan apabila ada pihak yang sudi berkerjasama.

“Menariknya juga pada program ini, kita turut adakan persembahan kebudayaan membabitkan pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India ia secara tidak langsung memupuk semangat muhibah,” katanya.

Img 20231216 152600 851
PERSEMBAHAN kebudayaan masyarakat Cina turut memeriahkan Program Sunat Laser Percuma Duyong. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pemilihan kanak-kanak itu terbuka kepada anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dan juga golongan asnaf serta B40.

“Fokus kita untuk anak dari DUN Duyong tetapi apabila terima permintaan dari luar membabitkan golongan asnaf kita turut menerima dan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 162 berbanding perancangan awal untuk 150 kanak-kanak sahaja.

“Malah kita juga ada ibu bapa yang sanggup bayar agar anak mereka dapat bersama-sama dengan anak yang serta merasai pengalaman yang indah ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2666
Kongsi :
Previous post TMM2024: Pentas terapung di Sungai Melaka jadi tarikan
Next post KPDN Melaka terima 390 aduan berkaitan kepenggunaan
Ubah saiz-+=