Karnival Upin dan Ipin sasar 300,000 pengunjung
AYER KEROH 16 Disember – Karnival Upin dan Ipin 2023 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dijangka dihadiri lebih 300,000 pengunjung.
Karnival tiga hari bermula semalam hingga esok menawarkan pelbagai aktiviti dan persembahan luar biasa bertemakan siri-siri fenomena terbitan Les’ Copaque Production seperti Upin dan Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.
Antara aktiviti menarik lain adalah persembahan tarian dan nyanyian menampilkan hampir 20 maskot.
Hampir 60 pempamer dan pelbagai permainan menanti pengunjung dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi antaranya gerai Usahawan Mail, Arena Pantun Jagjit, Gaya Intan Payung, DaDuDiDo, Puteri Kerajaan Limau dan banyak lagi.
Turut diadakan cabutan bertuah seperti televisyen 55 inci, permainan video PS5 dan lapan medal eksklusif hanya dijual kepada orang ramai sepanjang penganjuran karnival itu sahaja.
Penganjuran karnival itu turut dimeriahkan dengan Larian bertemakan Upin dan Ipin di mana setiap peserta akan menerima baju dan pingat larian berkonsepkan watak kartun.
Tiket masuk ke karnival tersebut boleh didapati secara dalam talian atau fizikal dengan harga RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SANTAI @ KLEBANG ZON BEBAS KENDERAAN FASA 2
AYER KEROH 24 November - Zon Bebas Kenderaan Fasa 2 bakal dilaksanakan di Santai @ Klebang dalam masa terdekat, sekali...
HARI INOVASI MELAKA PADA 5 DISEMBER
AYER KEROH 22 November - Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE Melaka@UTeM akan menganjurkan Hari Inovasi Negeri...
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN OKTOBER 2024 DIBUKA UNTUK SEMAKAN – SPR
PUTRAJAYA 21 November - Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari...
SINDIKET PENGEDARAN, PENJUALAN KAD PEMASTAUTIN TETAP PALSU TUMPAS, 13 INDIVIDU DITAHAN
JOHOR BAHRU 21 November - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan...
KES BULI UPNM: SUSPEK DIDAKWA ESOK
KUALA LUMPUR 21 November - Suspek kes buli seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia...
KARNIVAL KPDN ZON SELATAN TAWAR JUALAN 24 JAM SELAMA TIGA HARI
MELAKA, 21 Nov - Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Zon Selatan akan berlangsung di Dataran...