Pemandu jengkaut warga Indonesia maut ditimpa kayu balak
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Dian Hermawan, 32, yang merupakan pemandu jengkaut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.15 pagi.
“Siasatan awal mendapati sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut semasa Dian Hermawan sedang berehat di dalamnya yang menyebabkannya tersepit dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sik berkata mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...
DUNIA ‘AI’ CABARAN BESAR KEPADA ANAK-ANAK
ALOR GAJAH 14 November - Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) hari ini memberi cabaran lebih besar kepada anak-anak, kata Ketua...
LELAKI CURI TABUNG TOKONG KENA CEKUP
JASIN 14 November - Seorang pemuda dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah masuk dan kecurian di dua buah...
MIROS KELUAR TIGA GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN EV
MELAKA, 14 Nov - Tiga garis panduan keselamatan bagi kenderaan elektrik (EV) yang diperkenalkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia...
SUSUR BULATAN KLEBANG KINI DIBUKA
KLEBANG 14 November - Susur Persimpangan Bulatan Klebang menghala ke Batang Tiga dibuka untuk pengguna jalan raya bermula hari ini....
JETI MICT DIBINA BERBENTUK ‘L’
BANDA HILIR 14 November - Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka akan dibina berbentuk L. Ketua...