Konflik keluarga, alasan tak bayar cukai

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 8 Disember – Konflik kekeluargaan dan isu peribadi antara alasan kerap diberikan pemilik harta persendirian dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang memiliki tunggakan cukai taksiran termasuk melebihi tempoh 10 tahun.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, konflik dalam kalangan ahli keluarga menyebabkan rumah (harta) berkenaan dikosongkan dan tidak berpenghuni menyebabkan tidak ada yang tampil untuk membayar cukai taksiran.

“Isu membabitkan keluarga atau peribadi ini tidak boleh dijadikan alasan, selagi harta tersebut adalah milik mereka maka perlu bayar cukai. Cukai yang tertunggak ini memang banyak dan ada sudah lebih 10 tahun.

“Kes tunggakan ini melibatkan rumah atau akaun-akaun yang dikenal pasti mempunyai masalah kekeluargaan dan bukannya disebabkan keadaan ekonomi.

“Mungkin berpisah dengan keluarga atau sebagainya, rumah terbiar kosong tidak ada yang uruskan atau tampil bayar cukai, itu antara alasan kerap kami terima,” katanya pada sidang media selepas Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB 2023 di Graha Makmur, MBMB, di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, hadir sama Ketua Ahli Majlis MBMB, Abd Razak Abu.

Mengulas lanjut, Shadan berkata tunggakan cukai turut membabitkan pihak industri atas alasan pertukaran pengarah atau perniagaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4540
Kongsi :
Previous post Tingkat kutipan cukai untuk keselesaan rakyat
Next post MBMB giat kesan pihak miliki tunggakan tinggi
Ubah saiz-+=