Sorting by

×

Kampung Digital: Alamat rumah lebih sistematik

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

TANJUNG BIDARA 6 November – Inisiatif Kampung Digital yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam usaha ‘memodenkan’ kampung tradisional di Melaka mendapat reaksi positif dalam kalangan penduduk.

Penduduk Kampung Pulau, Zaliha Adam, 56, berkata, meskipun pada awal pelaksanaan usaha itu agak merisaukan kerana khuatir penduduk tidak dapat menerima namun anggapan itu meleset kerana selepas ianya selesai rata-rata masyarakat setempat menyokong usaha dibuat Kerajaan Negeri.

“Bagi saya usaha yang ingin dilaksanakan Kerajaan Negeri ini sesuatu yang sukar kerana membabitkan banyak pihak namun dalam masa yang agak singkat semuanya dapat diselesaikan.

“Malah semua rumah di Kampung Pulau kini sudah mempunyai alamat tersendiri termasuk kod QR. Jika sebelum indi kebanyakan alamat rumah mengikut perbatuan atau kilometer kini tidak lagi.

“Mewakili penduduk kampung yang lain saya ucapkan terima kasih terutamanya kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan semua agensi yang terlibat dalam merealisasikan usaha ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau, semalam.

Whatsapp Image 2023 12 06 At 11.11.41 64b1a243
Muhammad Arif Mad Saleh

Penduduk Muhammad Arif Mad Saleh, 25, berkata, usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri ini sememangnya perlu memandangkan perkembangan teknologi sudah semakin kedepan malah kebanyakan perkara hanya perlu dibuat menerusi digital.

“Usaha ini bagus kerana kita mengikut arus semasa, malah dengan hanya mengimbas kod QR maklumat dapat diperoleh.

“Malah dengan alamat baharu ini juga ia menyenangkan semua pihak termasuk penghantar barang dan juga posmen. Jika dulu kami terpaksa memberi ‘landmark’ kepada pihak kurier kerana mereka tidak dapat mencari alamat rumah yang tepat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Harun Adam, 69, turut menyambut baik usaha yang dibuat Kerajaan Negeri apabila penduduk kini mempunyai sistem pengurusan alamat yang lebih sistematik berbanding sebelum ini.

“Saya sambut baik usaha ini kerana alamat sebelum ini mengikut perbatuan dan ia tidak berapa tepat untuk dituju tetapi dengan alamat baharu ini ianya tepat serta senang untuk semua pihak.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan usaha ini dan saya harap ia dapat dilaksanakan secepat yang mungkin ke seluruh Melaka kerana ia memberi impak yang positif,” katanya.

Whatsapp Image 2023 12 06 At 11.10.59 A86d6a14
Harun Adam

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

963
Kongsi :
Previous post ‘Bolehlah bantu baiki jaring’ – Nelayan
Next post Melaka intai peluang pelaburan baharu di Guangxi, Guangdong
Ubah saiz-+=