
Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang, pukul 4.04 petang ini.
Laman Facebook PKR merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Chua.
“Beliau merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor selama lima tahun dari 2009 hingga 2014. Di bawah kepimpinan Chua, buat pertama kali PKR menang kerusi di Parlimen Batu Pahat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013,” menurut catatan tersebut hari ini.
Mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen Bakri selama lima penggal dari 1986 hingga 2008, merupakan Menteri Kesihatan yang berkhidmat paling lama di negara ini iaitu dari 1995 hingga 2004.
Chua aktif dalam politik bersama MCA pada 1976, sebelum menyertai PKR dan bertanding di Parlimen Segamat pada PRU13, serta tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Dr S. Subramaniam ketika itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...