Sorting by

×

Karnival D’Bendang tambat hati pelancong luar negara

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat
Img 3637
Temubual pelancong dari Denmark, Lasse Fugmann Thamdrup, 24, selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival D’Bendang Melaka yang bertempat di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, Jasin. Foto: MR. AZLI

SUNGAI RAMBAI 3 Disember – Keunikan dan menariknya Karnival D’Bendang membuatkan pelancong dari luar negara teruja untuk menyelami budaya tempatan.

Menurut, pelancong dari Switzerland, Emiliana De Werna Magalhaes, 23, berkata dia teruja ingin merasai sendiri kemeriahan karnival tersebut selain mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup penduduk tempatan.

“Pada pandangan saya, karnival ini memberi rasa dan perasaan sebenar mengenai kehidupan yang diamalkan penduduk tempatan mengenai penggunaan bendang dan sawah padi.

“Selain itu, memang kehadiran kami ke karnival ini bertujuan untuk mengenali orang tempatan dan budaya mereka.

“Orang-orang di sini juga ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Karnival ini mernarik dan unik,” jelasnya yang sudah berada dua minggu di Malaysia.

Img 3636
Temubual pelancong dari Switzerland, Emiliana De Werna Magalhaes, 23, selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival D’Bendang Melaka yang bertempat di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, Jasin. Foto: MR. AZLI

Nada sama turut disuarakan pelancong dari Denmark, Lasse Fugmann Thamdrup, 24, berkata sebagai pengembara yang sedang menjelajah Asia Tenggara, lokasi-lokasi pendalaman antara pilihannya.

“Saya merupakan doktor sukarelawan yang sudah berada di Melaka selama dua bulan, dan diberi kesempatan menghadiri karnival ini.

“Bagi saya, tujuan utama mengembara adalah membandingkan gaya kehidupan serta budaya orang tempatan berbanding di negara sendiri.

“Karnival ini difahamkan merupakan kali pertama penganjurannya, dan saya rasa ia adalah idea yang baik apabila kerajaan promosi lokasi pelancongan di kawasan pendalaman,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1000
Kongsi :
Previous post Ketengahkan produk pelancongan baharu di setiap daerah di Melaka – KM
Next post Dua maut, tiga cedera lori tanah rempuh tiga kenderaan di Pokok Sena
Ubah saiz-+=