
1, 800 kontak rapat Kluster Berendam disaring
AYER KEROH 9 Nov. – Seramai 1, 800 individu yang juga kontak rapat kepada kluster baharu, Kluster Berendam disaring Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, Melaka semalam merekodkan tiga kes positif COVID-19 membabitkan Kluster Berendam masing- masing dua di Daerah Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah.
“Kluster Berendam ini direkodkan di mukim Ayer Molek, Cheng dan Durian Tunggal membabitkan kes saringan kontak rapat daripada kes tempatan.
“Manakala dua kes import B pula direkodkan di Mukim Kuala Sungai Baru, Alor Gajah dan Ayer Panas, Jasin yang juga kes daripada saringan kontak rapat,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 17 kes positif COVID-19 masih dirawat di Hospital Melaka, selain tiada kes sembuh dilaporkan semalam.
Selain itu, JKNM turut melaporkan terdapat tujuh zon kuning direkodkan di Melaka membabitkan Ayer Molek, Chohong, Tanjung Minyak, Batu Berendam, Durian Tunggal, Kelemak dan Cheng.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...