RM300,000 untuk Sukan Melaka 2024

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 29 November – Peruntukan berjumlah RM300,000 daripada Kerajaan Negeri yang dibentangkan dalam Bajet Melaka 2024 akan disalurkan bagi penganjuran Sukan Melaka tahun hadapan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata acara sukan itu merekodkan sambutan yang memberangsangkan apabila disertai oleh 13,618 peserta daripada pelbagai peringkat umur menerusi lima acara dipertandingkan iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring, futsal dan bola keranjang.

Katanya, bagi penganjuran Sukan Melaka 2023, kos keseluruhan yang dibelanjakan adalah sebanyak RM694,000 yang mana RM300,000 adalah peruntukan Kerajaan Negeri manakala selebihnya hasil sumbangan empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Pertandingan ini dijalankan setiap tahun dan menerusi bajet, Ketua Menteri memberi restu untuk menjadikannya sebagai acara tahunan serta diperuntukkan sebahagiannya iaitu sebanyak RM300,000.

“Menjadi harapan saya untuk menambah baik program ini dengan memperkenalkan sukan badminton, menjadikan enam jumlah acara Sukan Melaka 2024 yang akan dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

958
Kongsi :
Previous post Zakat Melaka kutip lebih RM100 juta
Next post Sistem ‘Bed Management Unit’ diperluas secara berperingkat
Ubah saiz-+=