Sorting by

×

Potongan lima peratus untuk pembayar cukai tanah

Masa Membaca:42 Saat

SERI NEGERI 27 November – Kerajaan Negeri menawarkan potongan bayaran cukai tanah sebanyak lima peratus kepada pemilik hartanah yang melaksanakan tanggungjawab itu bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei 2024.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi penyelarasan cukai tanah 2024 yang berkuatkuasa tahun hadapan.

“Kali terakhir semakan cukai tanah Negeri Melaka adalah pada 2006, justeru tahun hadapan kitaakan membuat pelarasan cukai tanah baharu,” katanya ketika berucap pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri turut memperkasa peranan pegawai daerah dengan menyediakan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai penyelenggaraan infrastruktur.

“Hal ini membabitkan peruntukan berjumlah RM8.3 juta daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan meliputi ketiga-tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3889
Kongsi :
Previous post Bina Hab Warisan Melaka dan Galeri Dondang Sayang
Next post Melaka kutip RM89.8 juta cukai tanah sepanjang 2023
Ubah saiz-+=