
Tiga lagi ‘one stop centre’ e-hailing diwujudkan
SERI NEGERI 27 November – Tiga pusat sehenti atau ‘one stop centre’ bagi pemandu dan penunggang e-hailing di negeri ini akan diwujudkan masing-masing di Pulau Melaka, Masjid Tanah dan Bandar Jasin Bestari bagi menambah kemudahan sedia ada.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata kemudahan diwujudkan itu bertujuan menghargai lebih 1,000 pemandu dan penunggang e-hailing di Melaka yang terlibat sebagai duta kecil pelancongan.
Katanya, penambahan tiga itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pusat sehenti e-hailing di Melaka adalah sebanyak lima lokasi.
“Antara pusat e-hailing yang sedia ada adalah di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh dan Bandar Merlimau, Jasin.
“Kerajaan Negeri akan menambah bilangan one stop centre untuk memberi keselesaan kepada golongan tersebut.
“Lokasi baharyu adalah di Pulau Melaka, Dewan Besar Masjid Tanah serta Mydin Mall di Bandar Jasin Bestari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 10,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS
TELOK MAS 13 April - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Padang Bola Taman Seri Telok Mas sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri...
TENGKU HASSANAL BERANGKAT KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU
MERLIMAU 12 April - Keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...
18 PROGRAM MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
AYER KEROH 12 April - Sebanyak 18 program dan acara telah dirangka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Ulang Tahun...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENGKALAN BATU BAWA KONSEP ‘GARDEN’
PENGKALAN BATU 12 April - Konsep sambutan Aidilfitri dalam taman menjadi antara tarikan pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...
BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN
ASAHAN 12 April - Pembinaan Balai Bomba baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijanhka akan direalisasikan tidak lama lagi...
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...