Sorting by

×

Salur bantuan khairat kematian ikut kriteria tertentu

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 27 November – Kerajaan Negeri menyalurkan skim bantuan kematian dengan kadar RM200 secara one-off’ kepada waris golongan memerlukan bagi meringankan beban mereka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, menerusi skim berkenaan, bantuan khairat kematian akan dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan mengenal pasti kriteria tertentu untuk disalurkan.

Bagaimanapun, katanya bantuan itu akan disalurkan jika borang permohonan lengkap dihantar selain diterima tidak melebihi tiga bulan dari tarikh kematian.

“Bagi kriteria untuk mendapatkan bantuan ini, si mati dilahirkan di Melaka dan meninggal dunia di negeri ini.

“Keduanya, si mati berasal dari Melaka namun meninggal dunia di luar Melaka, kriteria ini boleh menikmati skim bantuan itu.

“Selain itu, si mati bukan berasal dari Melaka dan namun sudah menetap di negeri ini sekurang-kurangnya 10 tahun dan memerlukan pengesahahan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata buat masa ini bantuan khairat kematian tidak dikhususkan kepada penerima bantuan JKM di peringkat Persekutuan mahupun peringkat Negeri.

Katanya, bantuan khairat ini akan diteruskan pada masa hadapan menggunakan peruntukan Wang Amanah Kebajikan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1506
Kongsi :
Previous post TMM2024: Lebih RM14 juta naik taraf landskap di Melaka
Next post ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’ tema Bajet 2024 Negeri Melaka
Ubah saiz-+=