Sorting by

×

Jet pejuang tarikan KUAM2024

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 27 November – Jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menjadi tarikan pada penganjuran Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024 (KUAM2024).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil, Adly Zahari berkata, pihaknya yakin akan ada kerjasama menerusi Kementerian Pertahanan (MINDEF) tahun hadapan bagi membawa beberapa jet pejuang ke negeri ini dalam penganjuran KUAM2024.

Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, pihaknya berpuas hati dan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana penganjuran KUAM2023 tahun ini menerima sambutan hebat daripada pelancong dalam dan luar negeri.

“Tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas perancangan lebih banyak program-program menarik sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) pada tahun hadapan.

“Akan ada lagi kerjasama dengan MINDEF dalam penganjuran KUAM2024 tahun hadapan dengan berharap akan membawa masuk jet pejuang sebagai salah satu tarikan utama karnival itu.

“Pada penganjuran tahun ini kita tidak berkesempatan membawa masuk aset itu ke Melaka berikutan kekangan masa yang singkat dan mungkin ia akan dibawa pada tahun hadapan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

812
Kongsi :
Previous post Melaka peruntuk RM5 juta lancarkan TMM2024
Next post RM289.41 juta pendapatan Melaka setakat November 2023 – KM
Ubah saiz-+=