
TMM2024: Mac, April 2024 jadi bulan pelancongan Islam
SERI NEGERI 27 November – Mac dan April tahun depan bakal menjadi bulan pelancongan Islam di Negeri Melaka.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pemilihan tema Islamik itu adalah memandangkan waktu itu jatuh pada bulan Ramadan.
Katanya, pelbagai pengisian program Islamik dan kerohanian sudah dirangka sepanjang bulan berkenaan, antaranya majlis berbuka puasa beramai-ramai, Qiamullail Perdana, selain majlis ilmu dan Maulid yang akan diadakan.
“Semua ini kita sudah rangka dan rancang memandangkan di Melaka program berbentuk Islamik seperti Maulid telah banyak dianjurkan dan sambutan dalam kalangan umat Islam di negeri ini amat menggalakkan.
“Kita juga akan berusaha menjemput penceramah dan ulamak terkenal sebagai antara tarikan pelancongan, yang mana pelancong bukan sahaja boleh melancong tetapi juga dapat menghayati nilai-nilai Islamik di Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNG BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...