Sorting by

×

“Saya nak berehat dulu” – Zainal

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PAYA RUMPUT 9 Nov. – Ketua Jurulatih Melaka United Zainal Abidin Hassan menyerahkan nasibnya kepada pihak pengurusan selepas gagal membantu kemaraan pasukan dalam kempen Piala Malaysia 2020.

Menurutnya, tiada alasan boleh diberikan terhadap prestasi terumbang-ambing yang ditampilkan sepanjang musim ini, namun beliau tetap menzahirkan rasa gembira sepanjang memimpin pasukan selama dua musim.

“Memang kita ada terumbang-ambing sedikit sepanjang musim ini terutama berdepan saingan liga (Liga Super) yang pendek dan sebab itu kita telah mencuba beberapa taktikal. Ada yang menjadi, ada yang tidak.

“Apa selepas ini? Saya rasa saya nak berehat dululah. Saya serahkan segala-galanya kepada pihak pengurusan untuk (masa depan) pasukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Semalam, skuad kendaliannya tewas 1-2 di tangan Selangor dalam aksi pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, sekali gus meleburkan harapan skuad Hang Tuah untuk mara lebih jauh dalam edisi kali ini.

Zainal berkata, kekalahan itu bukanlah hadiah hari jadi yang diinginkannya, namun tetap memuji semangat yang ditunjukkan pemain untuk mencari gol kemenangan.

“Saya mengimpikan hadiah hari terbaik, tetapi kita tidak bernasib baik. Apa pun, saya tetap ada rasa berpuas hari terutama dengan semangat yang ditampilkan pasukan.

“Selepas mendapat gol pertama, kita berjaya menguasai permainan dalam 25 minit terakhir, namun kegagalan mengambil peluang terhidang membuatkan kita tidak berjaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainal turut menepis spekulasi mengaitkan aksi hambar Melaka United musim ini berpunca daripada masalah gaji.

“Itu (masalah gaji) tiada kaitan dengan prestasi kerana anda sendiri boleh lihat pemain bertungkus-lumus hingga penamat musim,” katanya lagi.

Views:

1600
Kongsi :
Previous post Sukarelawan KKBBM serah set PPE kepada petugas Hospital Melaka
Next post Akur sambut Deepavali dalam PKPB
Ubah saiz-+=